“Sayunya Hati Saya..” Anak-Anak Tadika Afwa Al Aafiyah Di G4za Rai ‘Birthday’ Tokti

Dalam pada itu, TokTi juga ada berkongsi sebuah video di laman instagram miliknya, di mana anak-anak di G4za turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.

Umum tahu semalam (11 Januari) merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Untuk sambutan ulang tahun yang ke 44 tahun ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan gelaran TokTi menyambut hari istimewanya itu di Turkiye bersama suami dan anak-anak.

“Sayunya Hati Saya..” Anak-Anak Tadika Afwa Al Aafiyah Di G4za Rai ‘Birthday’ Tokti

Anak-anak kecil yang merupakan pelajar di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung.

“Alhamdullillah. Anak-anak saya di G4za meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. S4yunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.” tulisnya di perkongsian tersebut.

Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.

Komen netizen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!