Ryan Bakery dah jadi pelakon, CEO Batu pun teringin tunjuk bakat… “Sebelum ini saya kerja tukang rumah”

Kata CEO Batu, dia berharap agar ada pengarah memberikan peluang untuk membintangi filem mahupun drama pada masa akan datang.

Hampir tiga tahun mencipta nama dalam dunia digital, personaliti media sosial dikenali sebagai CEO Batu berkata dia masih belum menerima sebarang tawaran untuk berlakon.

Ryan Bakery dah jadi pelakon, CEO Batu pun teringin tunjuk bakat… “Sebelum ini saya kerja tukang rumah”

“Alhamdulilah sekarang ni kehidupan saya berubah setelah ramai yang mengenali diri ini, pendapatan pun bertambah bila menjadi content creator dan saya merancang nak jadi seorang pelakon sebenarnya daripada kecil tapi belum rezeki.

“Setakat ini saya masih belum ada terima tawaran berlakon cuma sekadar buat review saja dan pernah dapat dahulu tapi mereka batalkan.

“Saya harap sangat rezeki untuk tahun ini agar mendapat tawaran berlakon daripada mana-mana pengarah untuk berlakon dan mengikut jejak langkah seperti kawan saya iaitu Ryan Bakery,” katanya kepada mStar.

Sumber :Mstar

Leave a Comment

error: Content is protected !!