Proses Pemulihan Sabah T3rjej4s Akib4t K3lew4tan Vaksin
KOTA KINABALU: Penggiat industri di Sabah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan Sabah berdepan proses pemulihan ekonomi yang lamb4t berikutan k3lew4tan penghantaran bekalan v4ksin COVID-19 ke negeri itu.
Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA), Datuk Chua Soon Ping, berkata k3lew4tan itu punca utama ramai penduduk belum divaksin hingga menjadikan Sabah sebagai negeri paling rend4h vaksinasi di seluruh negara.
Katanya, peratusan pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera yang turut menunjukkan Sabah sebagai negeri paling rendah kadar pendaftaran tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk penghantaran vaksin ke negeri itu.
“Kadar vaksinasi yang rendah sudah tentu akan m3lamb4tkan pemulihan ekonomi di negeri ini. Sehubungan itu, kerajaan perlu meningkatkan penghantaran vaksin ke Sabah dan memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk mempercepatkan vaksinasi.
“Kadar vaksinasi yang rendah juga akan menyebabkan Sabah mudah terded4h kepada gel0mb4ng penularan lain COVID-19. Lebih membimbangkan ada laporan mengatakan Sabah merekodkan dua k3s varian Delta, kelmarin,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Sabah mencatat kadar pendaftaran vaksinasi ter3nd4h di seluruh negara dengan hanya 32.5 peratus, manakala 9.9 peratus penduduk menerima dos pertama vaksin dan hanya 7.15 peratus lengkap dua dos setakat kelmarin.
Peratusan itu jauh ketinggalan berbanding negeri jiran, Sarawak yang sehingga kelmarin sudah mencapai 40 peratus penduduk menerima dos pertama vaksin dan dijangkakan negeri itu mampu mencapai imuniti kelompok 80 peratus penduduk divaksin pada bulan depan.
Peratusan vaksinasi yang rend4h juga sebab utama Sabah belum dapat beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
Sementara itu, Soon Ping berkata kerajaan negeri perlu membuat keputusan sendiri mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Sabah seharusnya diberikan hak untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan SOP sendiri berdasarkan situasi tempatan supaya kita dapat menentukan pendekatan yang lebih berkesan untuk mengatasi mas4l4h dalam masa yang tepat.
“Situ4si dan m4sal4h yang dihadapi di Sabah sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Semenanjung, jadi sudah tentu ia tidak berkesan untuk Sabah mengikuti SOP yang sama di Semenanjung terutama bagi mengelak wab4k atau k3jatvhan ekonomi,” katanya.
Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!
Sumber:bharian.com