Pernahkan Anda Terfikir Apa yang akan terjadi pada Masa Depan Bumi? Inilah Ramalan Para Saintis

Mari lihat garis masa selepas kepupusan manusia

Pernahkan Anda Terfikir Apa Masa Depan Bumi? Inilah Ramalan Para Saintis. Bumi terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu dan merupakan planet terpadat di Sistem Suria serta planet paling besar dari empat planet berbatu iaitu Merkurius, Venus, Bumi dan Marikh.

Planet Bumi adalah satu-satunya planet yang diketahui mempunyai kehidupan, tetapi siapa tahu, mungkin ada makhluk asing di luar sana yang masih belum ditemui. Tetapi pernahkah ada yang tertanya-tanya apa yang akan terjadi pada bumi setelah waktunya habis?

Ramalan satu bilion tahun dari sekarang

Manusia telah berada di bumi selama berjuta-juta tahun, dengan manusia moden mula muncul dari Afrika sekitar 200,000 tahun lalu. Sekiranya berlaku kepupusan manusia, banyak senario yang mungkin telah diramalkan oleh para saintis. Antaranya ialah perubahan iklim, pemusnahan nuklear global, perang biologi dan keruntuhan ekologi.

Kemungkinan bencana alam seperti kesan asteroid atau gunung berapi berskala besar umumnya dianggap rendah. Tetapi yakinlah bahawa ketika waktu Bumi telah tiba, manusia telah lama pupus dan tidak perlu menghadapi pengakhiran Bumi. Jadi, kita akan lihat ramalan saintis dimana kewujudan manusia sudah lama tiada.

Ia dijangka bahawa satu billion tahun dari sekarang, atmosfer bumi akan mengandungi sedikit oksigen, menjadikannya tidak dapat dihuni untuk kehidupan aerobik yang kompleks (bentuk kehidupan yang bergantung pada oksigen untuk bernafas).

Kini, oksigen membentuk sekitar 21% atmosfera Bumi. Sifatnya yang kaya dengan oksigen sangat sesuai untuk organisma besar dan kompleks, seperti manusia, yang memerlukan gas tersebut untuk terus hidup. Tetapi pada awal sejarah Bumi, tahap oksigen jauh lebih rendah dan kemungkinan besar akan kembali rendah pada masa akan datang.

Berdasarkan sistem iklim, biologi dan geologi Bumi untuk meramalkan bagaimana keadaan atmosfera di Bumi akan berubah

Menurut Kazumi Ozaki di Universiti Toho di Jepun dan Chris Reinhard dari Georgia Institute of Technologi di Atlanta, AS, mereka mengatakan bahawa atmosfera Bumi akan mengekalkan tahap oksigen yang tinggi selama bilion tahun sebelum secara dramatik kembali ke tahap rendah seperti yang terjadi 2.4 bilion tahun yang lalu.

Salah satu sebab utama perubahan ini adalah, seiring dengan matahari kita yang semakin berusia, ia akan menjadi lebih panas dan mengeluarkan lebih banyak tenaga.

Para penyelidik mengira bahawa ini akan menyebabkan penurunan jumlah karbon dioksida (CO2) di atmosfera kerana CO2 menyerap haba dan kemudian pecah.

Kehidupan terestrial akan pupus, begitu juga dengan hidupan air. Lapisan ozon – yang terdiri dari oksigen – akan habis, mendedahkan Bumi dan lautannya ke tahap cahaya ultraviolet dan panas yang tinggi dari matahari yang terbakar.

Satu per satu, semua organisma akan pupus

Sepanjang beberapa bilion tahun akan datang, evolusi nampaknya akan berbalik. Organisma terbesar dan haiwan yang paling tidak tahan panas akan mati, meninggalkan serangga dan bakteria yang tahan lasak.

Akhirnya, ia akan menjadi sangat panas di permukaan Bumi sehingga lautan akan mendidih. Tidak akan ada tempat untuk bersembunyi dari suhu yang mengerikan. Hanya organisma yang hidup jauh di bawah tanah yang akan bertahan, seperti yang telah mereka lakukan selama berbilion tahun.

Pada sekitar 5 bilion tahun akan datang, matahari kita akan memulakan peringkat akhir hidupnya, menghabiskan bekalan bahan bakar hidrogen terakhir.

Pada ketika itu, graviti akan memaksa Matahari untuk runtuh, dan hanya sedikit hidrogen yang akan tersisa di cangkang yang melilit intinya. Ia kemudian akan berkembang menjadi bintang gergasi merah, memakan setiap planet yang berada berdekatannya: pertama Merkurius, kemudian Venus, dan akhirnya merangkumi orbit Bumi.

Terdapat kontroversi mengenai sama ada Matahari gergasi merah berkenaan benar-benar akan membakar Bumi. Dalam beberapa senario, perubahan kepadatan Matahari ketika mengembang menyebabkan Bumi berputar keluar dari Matahari, menjauhkannya dari Matahari serta menyelamatkannya dari ‘dimakan’ oleh Matahari kita.

Dalam senario lain, sampul luar Matahari akan menyelimuti Bumi. Geseran tambahan akan melambatkan Bumi, menyebabkannya berpusing ke arah Matahari.

Apa pun hasilnya, Bumi akan hangus, dan hancur dengan berkesan, 5 bilion tahun dari sekarang. Pada masa itu, tidak ada organisma lain yang akan menyaksikan dan mengalami peristiwa itu.

Adakah ini bermaksud the end of the universe?

Apabila Matahari menjadi gergasi merah, itu hanya permulaan akhir.

Dengan berakhirnya hidrogennya, Matahari akan beralih ke menggabungkan helium, kemudian karbon, dan akhirnya oksigen. Pada ketika itu, Matahari kita akan kekurangan daya tarikan untuk meneruskan proses pelakuran. Ia akan mula proses mati, dan menumpahkan lapisan luarnya untuk membentuk sebuah nebula planet, seperti nebula cincin yang dapat kita lihat di langit malam. Ia kemudian akan tinggal selebihnya sebagai white dwarf atau kerdil putih.

Ia masih akan mengekalkan sebahagian besar jisimnya, tetapi mempunyai ukuran tidak lebih besar daripada diameter Bumi.

Sebelum ini kuning-panas dengan panas peleburan, Matahari perlahan-lahan akan menyejuk dari masa ke masa. Akhirnya, suhunya akan sepadan dengan suhu latar belakang Alam Semesta dan ia akan menjadi bintang kerdil hitam dingin atau black dwarf star – sebilangan jirim lengai yang terapung dalam kegelapan ruang.

Untuk memasukkan setiap maklumat memang akan perlukan satu ensiklopedia lah, jadi kami akan membuatnya semudah yang dapat.

Ia dianggarkan 100 trilion tahun dari sekarang, setiap bintang di Alam Semesta, besar dan kecil, akhirnya akan menjadi kerdil hitam. Apabila ini berlaku, Alam Semesta akan menjadi gelap sepenuhnya.

Akhir semuanya dianggarkan 10100 tahun dan seterusnya, apabila suhu seluruh alam semesta akan mencapai suhu akhir tepat di atas sifar mutlak. Masa depan yang suram dari alam semesta yang sejuk dan sudah mati menanti kita.

Kita tidak tahu dengan tepat apa yang akan berlaku apabila ini berlaku, ia mungkin bersifat kitaran dan alam semesta baru akan dibuat lagi. Atau mungkin tidak.

Ini bukan pengakhiran yang menggembirakan, tetapi ia sangat menarik untuk mempertimbangkan masa depan yang akan datang, dan mendorong kita menghargai zaman yang kita jalani sekarang.

SUMBER : Universe Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!