Penangan ‘King of the road’, kakak selamba masuk Myvi orang lain tanpa rasa bersalah… mana dapat kunci hidupkan enjin?

Sememangnya tidak hairanlah, model ini sering dilihat tanpa mengira lokasi dan pemandunya.

Diberi jolokan ‘King of the road’, Perodua Myvi merupakan antara kereta yang menjadi pilihan ramai.

Begitulah ‘insiden’ yang dilalui seorang kakak Rabiatul Adawaiyah, 33, yang tersilap menaiki kereta orang lain ketika mahu pulang dari kedai runcit.

Pemiliknya mungkin berdepan dengan cabaran untuk membezakan kenderaan sendiri dengan yang lain tanpa meneliti nombor plat kenderaan masing-masing.

Ketika dihubungi mStar, adiknya, Rabiatul Najwa, 22, berkongsi cerita yang berlaku di sebalik video yang dimuat naiknya di laman sosial sehingga menjadi tular.

“Masa tu saya mula rasa tak sihat badan. Saya tak larat nak pandu kereta sendiri. Jadi masa pergi dan balik kedai tu saya minta kakak yang pandu kereta saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh sama lantang ‘gaduh’ dengan Pak Arab, 2 gadis Malaysia berdepan ‘drama’ salah naik kereta api di Mesir – “Merasa tidur dalam tren orang kaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Hari ni salah parkir, esok 2 plastik penuh sampah pakej ulat ‘dihadiahkan’ dalam kereta! Pelaku sikit pun tak hirau walau ada Yasin, surah lain

“Macam mana kejadian tu berlaku… waktu tekan ‘unlock’ pada kunci tu memang kereta saya berbunyi. Tapi kereta saya parking jauh sikit dari kedai. Kebetulan kereta yang sama dengan saya Myvi standard hitam tu parking dekat.

“Kereta tu tuan dia tak ‘kunci’ pintu jadi kakak pun dengan confident masuk dan start enjin Myvi salah tu. Dia kunci kereta lepas tu dia ‘rem rem rem’ (bunyi tekan minyak),” katanya.

Lebih mesra disapa Wawa, katanya, kesilapan tersebut hanya disedarinya setelah lima minit kakaknya berada di dalam kereta berkenaan.

Wawa tampil menjelaskan bahawa sebenarnya pemilik Myvi tersebut meninggalkan kunci di dalam kenderaan itu tanpa menguncinya.

Dia yang bekerja di sebuah kedai perabot turut mengulas mengenai kekeliruan netizen mengenai bagaimana kenderaan tersebut boleh dihidupkan enjin tanpa kunci.

“Plat kereta orang lain tu huruf S.U.E tapi saya punya S.U.G jadi kakak pun tak perasan salah kereta. Lepas saya tengok dia start enjin kereta tu, saya terus berlari jumpa dia.

Kakak saya ni memang suka terlebih yakin.
RABIATUL NAJWA
“Sambil ketawa saya beritahu dia salah kereta. Kereta kami memang warna pun sama. Dalam kereta kami ada jajan, Myvi tu pun ada. Nasib baik tak sempat makan dalam kereta yang salah tu.

“Kakak saya memang suka terlebih yakin. Perangai dia yang terlalu confident dekat Shopee pun tak ada jual!” ujar Wawa secara berseloroh.

Menurut Wawa yang menetap di Sungai Besar, Selangor, setakat ini pemilik Myvi tersebut tidak mengetahui tentang insiden tersilap masuk kereta.

Perodua Myvi milik Wawa.

Video yang dimuat naik Wawa di laman TikTok meraih lebih 1.1 juta tontonan.

Rata-rata netizen terhibur menyaksikan gelagat si kakak yang tersalah menaiki kereta orang lain.

Mengenai kereta Myvi miliknya, Wawa menyuarakan hasrat untuk melakukan pengubahsuai bagi memberi sedikit kelainan pada kenderaan itu.

Pada masa sama, dia juga berharap agar insiden seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Leave a Comment

error: Content is protected !!