Selepas tular mengenai kisah seorang murid yang tidak berkemampuan untuk membeli baju pendidikan jasmani (PJ), kini Cik Puan Gojes memuatnaik update kisah pelajar lelaki sekolahnya itu yang bernama Putra.
Tidak semua orang dilahirkan dalam keadaan semua benda ada, ada yang dilahirkan dalam kelarga yang kaya, sederhana dan juga keluarga yang kurang berkemampuan. Oleh itu, kita sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat prihatin seeloknya cuba untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sekiranya mampu.
“Nak cikgu beli? – Hairan Murid Selalu Tak Pakai Baju PJ, Bila Ditanya Jawapannya Buat Ramai Tersentuh
Tular mengenai seorang pelajar yang disedari oleh cikgunya sudah dua bulan dia memakai baju sekolah ketika subjek Pendidikan Jasmani, dan bila diselidik rupanya dia tidak mempunyai baju PJ kerana tidak cukup duit untuk membelinya.
Kerana kesian dan bersimpati dengan keadaan murid itu, Cik Puan Gojes telah membelikan baju pendidikan jasmani (PJ) itu kepada putra sebanyak 2 helai untuk kegunaannya apabila memerlukan.“Nak cikgu beli? – Hairan Murid Selalu Tak Pakai Baju PJ, Bila Ditanya Jawapannya Buat Ramai Tersentuh
Daripada apa yang diberitahu oleh adik Putra, ibu bapanya bekerja di kedai runcit dan dia mempunyai 4 orang adik beradik yang masih bersekolah.
VIDEO:
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada keprihatinan Cik Puan Gojes untuk membantu pelajar ini. Beberapa orang netizen juga turut berminat untuk memberikan bantuan kepada murid-murid tidak berkemampuan.
Antara komen-komen netizen:
Sumber:saja gempak