Seorang warga emas hidup melebihi 100 tahun kerana mengamalkan 2 perkara ini setiap hari dalam hidupnya.
Diari kehidupan wanita warga emas ini sejak lebih sembilan dekad lalu banyak dipenuhi dengan amalan berzikir dan mengalunkan ayat suci al-Quran.
Malah, Siti Meriam Jusoh yang mend4kwa usianya 110 tahun bersyukur tid4k mengalami sebarang peny4kit kr0nik kerana turut mengambil makanan sihat sejak muda.
Dia yang berasal daripada Kampung Pasir Golok, Ketereh di sini bersyukur dikurnia umur yang panjang dan masih boleh berjalan walaupun b0ngk0k.
Katanya, secara rasmi usianya yang berdaftar adalah 96 tahun, namun dakwanya dia sudah mencecah 110 tahun berdasarkan lambang ‘*’ pada hujung nombor kad pengenalan.
“Sejak muda zikir dan membaca ayat suci al-Quran tidak pernah tinggal, terutama ketika duduk bersendirian di rumah. Suatu ketika dahulu mak cik pernah menjadi guru mengaji kepada anak penduduk kampung.
“Bagaimanapun disebabkan faktor usia, pergerakan mak cik pun sedikit terbatas kerana keadaan fizikal dan berjalan pun b0ngk0k. Kedua-dua mata kabur sejak tiga tahun lalu dan pendengarannya juga kurang jelas.
“Walaupun semakin lem4h, mak cik tidak pernah meninggalkan amalan wajib iaitu solat fardu lima waktu meskipun terp4ksa menunaikannya secara duduk,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Ibu kepada tiga anak, enam cucu dan 20 cicit itu berkata, anak bongsunya, Saudah Jusoh, 73, kini tinggal bersamanya selepas kemat1an suaminya sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, mereka saling bergantung terutama selepas Saudah diserang angin ahmar pada Ogos 2020 yang menyebabkan lumpuh sebelah kanan badan.
“Dalam masa sama, cucu yang tinggal berdekatan akan bergilir-gilir tidur di rumah ini,” katanya yang memberitahu dia dikelilingi ahli keluarga yang penyayang dan sentiasa mengambil berat.
Siti Meriam berkata, makan minumnya dan Saudah diuruskan cucu yang tinggal berdekatan.
Sementara itu, cucu perempuannya, Siti Sarwani Abdullah, 41, berkata, dia bertanggungjawab memantau keadaan neneknya itu dan akan melawat wanita itu setiap hari.
Katanya, mereka sekeluarga bersyukur kerana wanita itu masih sihat dan menganggap dia seorang yang sangat istimewa.
Amalan Zikir Untuk Awet Muda Dan Cantik Berseri
Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak, Ambil air segelas, Baca al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-waqiah ayat 35 -38
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh. Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
sumber: hmetro/ islamituindah /cikguking
Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih!