“Selagi mak membebel, selagi tu lah saya yang keras kepala ni melawan. Tapi bila mak dah mula diam.”
Begitu perkongsian ini yang menyentuh mengenai situasi apabila ibu mula membebel.
Saya jadi takut, bila mak dah diam maknanya mak betul-betul marah lah tu.
Bila mak diam saya akan mula ‘behave’. Sekarang saya pula yang ikut sifat mak. Baru saya tahu erti diam mak selama ni.
Bila mak membebel atau mengeluarkan kata-kata marah dan mengugut, sebenarnya itu bukan lah kemarahan sebenar mak.
Tapi bila seorang mak mula diam. Mak sedang memujuk lidah daripada berkata sesuatu yang buruk bimbang akan terkeluar kata-kata yang akan membinasakan anak sendiri kerana mak tahu, kata-kata adalah doa lebih-lebih lagi kata-kata itu keluar daripada mulut seorang ibu.
Itu lah mak saya, diam adalah senjata paling mujarab apabila berperang perasaan dengan anak-anaknya yang degil dan kuat melawan.
Sekarang sifat diam mak tu dah ada pada saya. Bila dah penat membebel saya akan diam.
Diam sediam-diamnya. Saya akan settle sinki, masak kemas apa yang patut, bila anak tanya saya diam. Bila anak panggil saya diam.
Bila anak ajak bercerita saya diam. Alhamdulillah dengan cara ini anak-anak saya akan mula membuat apa yang disuruh sebab mereka tahu saya dah marah, saya dah berkecil hati dan saya sedang mengajar lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan hati mereka terguris.
Sumber: Cik Puan Ammy Menulis
Ibu adalah kunci syurga dan ayah adalah pintunya.
andai salah satu rosak (kunci/pintu), pasti akan menjadi sukar untuk masuk.
maka itu taatlah ibu dan ayah kita.
Homatlah mereka dan doakan lah untuk mereka selalu..
Firman Allah swt : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (24) – surah al-isra