Doktor Ini Pernah Gagal, SPM Tak Ada ‘A’, Dapat Result Teruk Jangan Kecewa, Itu Bukan Pengakhiran

Doktor Ini Pernah Gagal, SPM Tak Ada ‘A’, Dapat Result Teruk Jangan Kecewa, Itu Bukan Pengakhiran

Dapat result teruk jangan Kecewa, itu bukan pengakhiran hidup.

Bukan mudah untuk menerima kegagalan. Bukan sahaja diri sendiri yang kecewa, mak dan ayah juga turut merasa. Tetapi apa yang terjadi telah berada di depan mata. Ambil masa sekejap dan kemudian bangkitlah kembali kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukanlah pengakhiran muktamad.

Doktor ini antara insan yang pernah gagal, ketika SPM dia langsung tiada A, kemudian apabila melanjutkan pelajaran pernah gagal dan diberhentikan. Tetapi apa yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia akhirnya bangkit dari kegagalan.

Ikuti perkongsian, Prof. Madya Dr. Midhat Nabil

“JANGAN SESEKALI BERASA KECEWA DENGAN KEPUTUSAN SPM ANDA, TETAPI BANGKITLAH KEMBALI, KERANA IANYA BUKANLAH PENGAKHIRAN YANG MUKTAMAD”

Salam semua, pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM pada hari ini. Syabas buat diri anda. Sudah pasti ibu dan ayah anda juga turut gembira dengan kejayaan tersebut.

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang, usahlah terlalu bersedih. Perjalanan anda sebenarnya masih jauh lagi. Jadikanlah kegagalan ini sebagai pemangkin untuk kejayaan-kejayaan yang akan mendatang.

Pengalaman saya sendiri bagi SPM dahulu, saya langsung tiada A bagi mana-mana subjek yang telah saya ambil. Terus terang saya katakan, yang ketika itu saya begitu malas untuk belajar sebelum menduduki peperiksaan SPM.

Ibu bapa saya berasa sungguh kecewa dengan keputusan saya ini, kerana mereka telah memberikan yang terbaik di pihak mereka untuk melihat saya berjaya. Ini, termasuklah membeli buku-buku latihan tambahan, menghantar saya ke kursus motivasi dan juga menghantar saya ke pusat tuisyen.

Doktor Ini Pernah Gagal

Di sepanjang menempuh perjalanan-perjalanan akademik yang seterusnya, saya bangkit semula dan belajar dari kesilapan yang lalu.

Saya bermula semula dari peringkat yang paling rendah sekali, iaitu Pra-Sains (pernah Gagal dan Diberhentikan pada semester pertama, tetapi kemudiannya ditawarkan kembali untuk belajar di semester kedua), diikuti peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda (bergraduasi dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama, tidak perlu membayar kembali pinjaman PTPTN) dan juga Sarjana (berjaya menjadi pelajar terbaik).

Akhir sekali, saya telah berjaya untuk menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari sebuah universiti di United Kingdom (UK) dengan tajaan penuh daripada kerajaan Malaysia.

Dapat Result Teruk Jangan Kecewa

Kepada ibu bapa yang anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang untuk SPM, usahlah bersedih, kerana perjalanan mereka sesungguhnya masih jauh lagi. Teruskanlah memberi galakan dan sokongan kepada mereka.

Setiap orang sesungguhnya mempunyai POTENSI DIRI yang berbeza. Jika mereka tidak berjaya pada hari ini, insyallah akan berjaya di kemudian hari.

Kepada para pelajar pula yang bersedih dengan keputusan SPM anda, bangkitlah semula untuk perjalanan menuntut ilmu yang berikutnya. Buktikanlah bahawa anda juga sebenarnya boleh menggembirakan hati kedua ibu bapa anda.

Itu Bukan Pengakhiran

Ingat pesanan saya sekali lagi,

“Gagal sekali, bukanlah bererti gagal selamanya”.

YAKIN BOLEH!!! Insya-Allah 💪💪💪

Nukilan ikhlas,

Prof. Madya Dr. Midhat Nabil,
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

#Motivasi
#Janganputusasa
#Bangkitdarikegagalan

Sumber Dan Rujukan

Prof. Madya Dr. Midhat Nabil Via MingguanWanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!