Apa Isteri Perlu Buat Apabila Suami Tersilap Atau Terlupa Bacaan Semasa Imam Solat

Apa Isteri Perlu Buat Apabila Suami Tersilap Atau Terlupa Bacaan Semasa Imam Solat

Waktu sekarang seperti arahan kerajaan, kita terpaksa berkurung di rumah akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, alhamdulillah semakin ramai yang mengamalkan solat berjemaah bersama keluarga kecil masing-masing.

Seronok pula kita lihat perubahan yang baik tu. Yang paling best, lelaki yang tak pernah memimpin isteri solat atau jadi imam tiba-tiba saja boleh jadi imam.

Apa taknya, sebab dia soranglah satu-satunya lelaki dalam rumah tu. Nak tak nak kenalah jadi imam. Dalam masa yang sama, mereka sebenarnya nak praktis sekali untuk bulan Ramadan tempoh hari.

Selalunya pada bulan Ramadan, ramai yang selesa untuk ke masjid atau surau bagi menunaikan solat tarawih. Namun, apakan daya, tahun ini terpaks4lah semua lakukan solat sunat itu di rumah bersama keluarga.

Alangkah seronoknya jika dikenangkan kembali momen-momen itu. Perkara tu seakan jadi biasa kepada semua. Malah, ada yang istiqamah solat berjemaah bersama keluarga hingga hari ini.

Tapi kita sebagai manusia, ada juga kvrang di mana-mana. Kadangkala ketika solat jemaah bersama suami atau isteri masing-masing, imam ada tersiIap, tersasuI dan adakalanya terIupa membaca ayat dalam surah tertentu ketika ‘mengepaIai’ solat.

Si isteri yang kebetulannya menjadi satu-satunya makmum dan juga wanita runs1ng tak tahu nak buat apa. Ada juga keluarga yang mungkin berjemaah bersama anak-anak yang masih kecil, mereka lagilah tak tahu nak tegvr macam mana.

Jadi, apa yang perlu isteri tadi Iakukan untuk memperbetulkan kesiIapan suaminya yang terIupa atau tersiIap bacaan ketika solat berjemaah?

Persoalan ini Sinar Islam ajukan kepada pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki untuk merungkaikannya.

USTAZ MUSTAFAR

Jom kita ikuti jawapan beliau:

“Hukum asal menegvr kes4lahan imam dalam solat adalah disyariatkan sama ada bagi makmum lelaki atau wanita.

Ia berdasarkan sebuah hadis yang mana Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bertasbih untuk lelaki, menepuk pula untuk wanita.” (Riwayat al-Bukhari)

Tegahan mengucapkan tasbih bagi wanita disebabkan asal kepada hvkum wanita ajnabi, mereka disuruh merendahkan suara untuk mengeIakkan fitn4h.

Begitupun, bagi lelaki ajnabi pula, mereka ditegah menepuk pada belakang tangan kiri seperti wanita kerana tepukan sinonim dengan wanita seperti dinyatakan oleh Al-hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari.

Imam al-Syaukani menyatakan bahawa berdasarkan hadis itu, para ulama sepakat, makmum mesti menegur imam yang tersaIah dalam perbuatan solat mahupun bacaan.

Maka, hvkum asal isteri menegur suami tersiIap atau terIupa pada bacaan mahupun perbuatan adalah dengan menepuk tangan kanan di atas belakang tangan kiri dalam kedudukan dekat.

Pun demikian, sebahagian ulama Mazhab Syafie seperti disebutkan oleh Imam Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj, mengharuskan isteri atau wanita dibenarkan menegur dengan bertasbih sahaja jika solat itu dilakukan bersama mahram,” jelas Ustaz Mustafar.

Justeru, diharap penjelasan agamawan ini dapat merungkaikan segala kekvsutan kita tentang perkara ini.

Ingat tau, tidak kiralah walaupun kita hanya satu-satunya makmum hatta wanita sekalipun, kena tegur imam bila kita perasan ada kesiIapan bacaan atau perbuatan yang diIakukan mereka ketika memimpin solat berjemaah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sinarplus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!