Air mineral di pasaran ada pelbagai jenis air minuman botol, ada dilabelkan air mineral semula jadi, air minuman, air osmosis berbalik dan sebagainya.
Tahukah anda cara paling mudah membezakan dua jenis air minuman sama ada air mineral semula jadi atau air minuman berbungkus dengan hanya melihat warna digunakan pada penutup botol.
Penutup botol berwarna putih untuk air minuman berbungkus manakala pelbagai warna untuk air mineral semula jadi, selain berpandukan label botol minuman.
Harga pun air mineral pun berbeza namun air mineral dengan isi padu 750 milimeter jenama Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani mungkin menjadi air paling mahal di dunia. Sebotol air mineral itu dijual pada harga RM254,431.
Air mineral tersebut mahal kerana dihasilkan menggunakan tiga sumber mata air berbeza iaitu dari Fiji, Perancis dan Ireland.
Ketiga-tiga sumber mata air tersebut disifatkan paling bersih di dunia, sekali gus menyebabkan air mineral berkenaan dijual pada harga yang tinggi.
Selain itu, botol kaca yang disadur emas 24 karat yang digunakan untuk mengisi air mineral berkenaan turut menyumbang kepada harga mahalnya.
Botol air mineral itu juga direka oleh pereka botol terkenal dunia, Fernando Altamirano.
Lebih menarik, setiap titis air mineral itu didakwa mempunyai lima gram emas 23 karat dan taburan emas itu dikatakan memberi tenaga yang lebih banyak berbanding air mineral biasa.
Menurut anda jika berkemampuan apakah anda akan berbelanja RM254ribu untuk air sekali minum?
Sumber: HM dan Utusan Malaysia