Bagaimana pun, rezeki sememangnya hadir dengan pelbagai cara, dari segi kesihatan yang sihat, keluarga yang bahagia, kawan yang baik, ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. Sedikit sebanyak, ianya akan mengajar kita erti syukur kerana dikurniakan rezeki dalam kehidupan.
Hari perayaan adalah hari yang paling dinanti-nantikan bagi setiap orang tidak kira lah bangsa dan agama apa sekali pun, pasti akan merasakan ‘vibe’ yang sama ketika musim perayaan.
Abang Cleaner Dapat Ang Pow Lebih RM800 Kutip Sampah Masa CNY Buat Netizen Tumpang Gembira
Manakan tidak, hari perayaan lah hari yang menyatukan ahli keluarga dimana semua berkumpul untuk meraikan perayaan bersama-sama.
Pun begitu, tidak semua daripada kita mendapat cuti untuk pulang beraya. ada yang perlu menggalas tanggungjawab dengan bekerja. Sedih memang sedih tapi amanah sudah menjadi keutamaan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang cleaner mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka sewaktu sedang bertugas.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @muhamad_30_, dia perlu bekerja sewaktu Raya Cina dan dia ditugaskan untuk mengutip sampah di kawasan perumahan kaum Cina yang sedang menyambut Tahun Baru Cina.
Namun tanpa disangka-sangka, dia memperolah RM809 sewaktu mengutip sampah. Bukan itu sahaja, dia juga turut mendapat beberapa jenis air kotak dan beberapa plastik beg limau.
Dalam masa yang sama, ada sebilangan para netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama dimana datangnya rezeki yang tak disangka-sangka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut tumpang gembira melihat rezeki yang diperolehi oleh lelaki tersebut ketika menjalaskan tugas.
komen warga maya:
Sumber:YOY NETWORK